:: PELANTIKAN KLINIK PANEL USM 2022-2023

16 Mac 2021 

Semua Klinik Panel USM, 

Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera, 

Tuan/Puan, 

Seperti tuan/puan sedia maklum, tempoh pelantikan Klinik Panel USM akan tamat pada 31 Disember 2021. Oleh yang demikian, pihak USM dalam proses penyediaan Pelawaan Tender Klinik Panel USM 2022-2023 yang dijangka akan diiklankan pada bulan Mei 2021. 

2.            Sehubungan itu, penyambungan kontrak pelantikan Klinik Panel sedia ada akan mengambil kira maklum balas dari warga staf USM seperti tahap kepuasan pelanggan, caj bayaran maksimum dan caj tambahan yang dikenakan kepada staf/pesakit. 

3.        Pihak universiti menganggap perkara ini amat penting untuk dipatuhi oleh semua Klinik Panel yang dilantik, memandangkan kemudahan perubatan merupakan tunjang kepada kebajikan staf. Oleh yang demikian, keprihatinan dan kewajaran pihak Klinik Panel dalam mematuhi dan memberi perkhidmatan kepada warga USM amatlah diharapkan. 

Sekian, terima kasih. 

Unit Perhubungan Staf

Bahagian Sumber Manusia

Universiti Sains Malaysia