:: PERHATIAN DAN PAUTAN (LINK) TAKLIMAT PELAWAAN TENDER KLINIK PANEL USM 2022-2023

PERHATIAN DAN PAUTAN (LINK) TAKLIMAT PELAWAAN TENDER KLINIK PANEL USM 2022-2023

26 Ogos 2021

Assalamualaikum dan Salam Hormat, 

Tuan/Puan, 

Seperti pihak tuan/puan sedia maklum, Universiti Sains Malaysia telah membuat pelawaan tender bagi Klinik Panel USM bermula pada 23 Ogos 2021 dan tarikh tutup tender adalah pada 22 September 2021.   

Bagi pelawaan tender USM, syarat - syarat tender ditetapkan selaras dengan keperluan dan peraturan berkuat kuasa.  Sehingga hari ini, pihak Jabatan Bendahari USM telah menerima beberapa permohonan daripada pihak klinik untuk mendapatkan dokumen tender. Walau bagaimanapun kebanyakan klinik tidak mematuhi syarat yang ditetapkan bagi mendapatkan dokumen iaitu; 

i) Pihak klinik gagal mengemukakan salinan MPC, APC dan Perakuan Penubuhan Klinik Perubatan Swasta (Borang B/Borang F) yang telah DISAHKAN. Terdapat juga pihak klinik yang mengemukakan salinan sijil berkaitan yang disahkan oleh Doktor klinik tersebut. 

Pihak Klinik Panel perlu mengemukakan salinan yang disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah atau pihak lain seperti Pegawai Kumpulan A dan JKKK. Pengesahan oleh Dr. klinik panel itu sendiri adalah TIDAK SAH.  

Kegagalan mematuhi Syarat Permohonan Dokumen Softcopy tersebut akan memberi kesan dan banyak klinik akan GAGAL memperoleh tender tersebut. 

Bersama-sama emel ini di lampirkan contoh format salinan Resit Bayaran, Sijil APC dan Perakuan Penubuhan Klinik Perubatan Swasta. Contoh Format serahan dokumen ini juga boleh di lihat dalam sistem pengedaran/serahan dokumen tender (Sistem SEDT). Mohon tuan/puan rujuk format seperti di lampiran sebelum memuat naik dokumen tersebut. Bagi mengurangkan kesilapan yang sama berulang,  Jabatan Bendahari USM telah mengambil tindakan dengan menangguhkan sementara waktu permohonan dokumen softcopy daripada pihak klinik sehingga taklimat di berikan kepada semua klinik penel yang memohon. 

Sehubungan itu, bagi melancarkan proses permohonan tender ini, Bahagian saya memohon perhatian yang serius dari pihak tuan/puan tentang perkara tersebut. Oleh yang demikian, mohon pihak tuan/puan untuk menghadiri Taklimat Tender Klinik USM 2022-2023 yang akan diadakan seperti butiran berikut; 

            Tarikh   :           2 September 2021 (Khamis)

            Masa    :           11.00 pagi – 1.00 tengahari

            Pautan Webex   :          

 

            Join from the meeting link

https://usm-cmr.webex.com/usm-cmr/j.php?MTID=m64d3ef031e139937d25c8e77e7cbaa93         

           

Join by meeting number    

Meeting number (access code): 170 883 9321    

Meeting password:        TenderPK2021  

 Sekian, terima kasih.                       

 (NORAZLINDA BINTI MUDA)

Psychology Officer 

Human Resources Department,

Registry

11800 Universiti Sains Malaysia (USM),

Penang, MALAYSIA.