PERHATIAN MAKLUMAN PENGGUNAAN SISTEM E-KLINIK PANEL USM V3.0.1 DAN CAJ PENALTI 08 Ogos 2022 Semua Klinik Panel USM Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera. Tuan/Puan, Untuk makluman, bermula 1 Julai 2022, sistem eKlinik Panel USM v3.0.1 akan digunapakai sepenuhnya bagi urusan tuntutan pembayaran klinik panel USM. Sehubungan itu, tuan/puan hendaklah memastikan tuntutan pembayaran dapat dikemukakan selewat-lewatnya pada 5hb bulan berikutnya seperti mana yang terkandung dalam spesifikasi pelantikan Klinik Panel USM 2022-2023 pada perkara D.2(b)(xiii). Oleh yang demikian, mana-mana Klinik Panel yang mengemukakan tuntutan pembayaran lewat daripada satu (1) bulan dalam bulan berikutnya, Universiti akan mengenakan caj penalti kepada klinik tersebut. Sekian, harap maklum dan terima kasih. Unit Perhubungan Staf
Bahagian Sumber Manusia Jabatan Pendaftar |