:: MAKLUMAN PEMBERHENTIAN KEMUDAHAN KLINIK PANEL KEPADA PELAJAR DI KAMPUS KESIHATAN MULAI SIDANG AKADEMIK 2020/2021

9 Ogos 2022

MAKLUMAN PEMBERHENTIAN KEMUDAHAN KLINIK PANEL KEPADA PELAJAR DI KAMPUS KESIHATAN MULAI SIDANG AKADEMIK 2020/2021

Semua Klinik Panel, 

Sukacita dimaklumkan bahawa, kemudahan klinik panel kepada pelajar di Kampus Kesihatan diberhentikan merujuk kepada surat dari Jabatan Bendahari (nombor rujukan : USM.JB.JPFB (2020/5)) kepada Timbalan Naib Canselor, Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni bertarikh 11 Ogos 2020.

Sehubungan itu, semua klinik panel (di negeri Kelantan) diingatkan untuk memaklumkan perkara ini kepada pelajar dari Kampus Kesihatan yang hadir ke klinik (termasuk juga pelajar dari Kampus Induk dan Kejuruteraan yang berada di Kampus Kesihatan)bahawa segala kos rawatan perubatan adalah di bawah tanggungan pelajar tersebut. Pelajar dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan perubatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) yang beroperasi 24 jam.

Sekian, terima kasih.

Unit Perhubungan Staf

Bahagian Sumber Manusia

Jabatan Pendaftar