:: Hebahan Kontrak Tamat

MAKLUMAN PENAMATAN KONTRAK SEBAGAI KLINIK PANEL USM LANTIKAN 2022-2023 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Tuan/Puan,

Seperti tuan/puan sedia maklum, lantikan Klinik Panel USM bagi tahun 2022-2023 telah pun berakhir pada 31 Disember 2023. Sehubungan itu, USM ingin mengucapkan tahniah kepada klinik yang berjaya menjadi Panel USM bagi tahun 2024-2025 dan ribuan terima kasih kepada klinik yang tidak berjaya di atas khidmat yang diberikan. Sehubungan itu, mohon bantuan kepada semua klinik yang tidak berjaya dilantik menjadi Panel USM bagi tahun 2024-2025 untuk menyelesaikan tuntutan bayaran bulan Disember 2023 sebelum 15 Januari 2024

Hal ini adalah kerana, bermula 16 Januari 2024, akses ke sistem e-klinik panel ini akan ditutup kepada klinik yang tidak dilantik. Sekiranya terdapat pesakit dalam kalangan pelajar, staf dan tanggungan staf ingin mendapatkan rawatan di klinik yang tidak berjaya, caj adalah di bawah tanggungan pesakit sepenuhnya dan tidak boleh membuat tuntutan kepada Universiti. Kerjasama juga diharapkan agar klinik yang tidak berjaya untuk menanggalkan pelekat Klinik Panel USM di premis masing-masing.

Sekian, terima kasih.