:: Penutupan Sumber Kuasa Pusat Data USM

Penutupan Sumber Kuasa Pusat Data USM


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,


Tuan/Puan,


Dengan segala hormatnya, saya merujuk perkara di atas.


Satu aktiviti penutupan sumber kuasa di Pusat Data USM akan dilakukan bagi kerja-kerja elektrikal, pada ketetapan berikut


Tarikh: 1 Mac 2024 (Jumaat)

Masa: 7:00pm hingga 10:00pm


Sepanjang tempoh berkenaan, Pusat Data akan mengalami gangguan bekalan kuasa kesemua perkhidmatan terganggu. Berikut merupakan senarai perkhidmatan yang terjejas pada tarikh dan masa yang ditetapkan :-

1. Kesemua perkhidmatan rangkaian (wired, wifi, akses ke Internet)

2. Kesemua portal web (Campus online, semua portal elearning, journal, pohon)

3. Kesemua laman web USM

4. Akses kepada Microsoft 365 (one drive, emel, office web)

5. Penghantaran emel

6. Aplikasi client-based

7. Akses kepada API

8. Akses kepada data arkib.

9. Perkhidmatan komunikasi (telefon extension, webex)

10. Dan lain-lain perkhidmatan di atas talian yang dihoskan di USM.



Sebarang kesulitan amatlah dikesali. 


Sekian, harap maklum.