:: Penangguhan Pembayaran Bil Jan-Feb 2024

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

Untuk makluman semua klinik panel, pihak USM terpaksa menangguhkan terlebih dahulu proses pembayaran tuntutan klinik panel bagi bulan Januari hingga Februari 2024 untuk memberi laluan proses integrasi sistem eKlinik Panel dan sistem Fis@USM. Pihak kami akan memaklumkan semula kepada tuan/puan sekiranya integrasi sistem ini telah berjaya digunakan sepenuhnya.

Pihak universiti mohon maaf di atas kelewatan dan kesulitan yang berlaku.

Terima kasih.