:: PENALTI KEPADA KLINIK PANEL YANG LEWAT MENGEMUKAKAN TUNTUTAN
Tuan/Puan,

Merujuk kepada perkara xiii Syarat Am Pelantikan Klinik Panel Tahun 2024-2025;

"Klinik Panel hendaklah mengemukakan tuntutan pembayaran selewat-lewatnya pada 5hb bulan berikutnya. Universiti boleh mengenakan caj penalti sebanyak 10% daripada invois lewat sekiranya Klinik Panel mengemukakan tuntutan pembayaran lewat daripada tiga (3) bulan dari bulan sepatutnya.

Sehubungan dengan itu, bermula tahun 2025, mana-mana Klinik Panel yang LEWAT mengemukakan tuntutan pembayaran seperti yang dinyatakan dalam Syarat Am Klinik Panel, Universiti akan mengenakan caj penalti sebanyak 10% daripada invois lewat.

Sekian, harap maklum.