
Assalamualaikum wbt. YBrs. Dr./Tuan/Puan, Untuk makluman semua Klinik Panel USM, bermula 24 Februari 2025, terdapat Menu Caj Tambahan Rawatan (Melebihi RM50.00) dalam sistem Klinik Panel USM. Sehubungan dengan itu, mana-mana staf/tanggungan staf yang telah dikenakan caj tambahan bagi rawatan yang diberikan, mohon Dr./Tuan/Puan memasukkan jumlah caj tambahan tersebut ke dalam menu seperti rajah di atas beserta dengan sedikit catatan untuk rekod Universiti. Adalah diingatkan, USM hanya membiayai RM50.00 sahaja dan lebihan caj yang dikenakan adalah di bawah tanggungan staf tersebut. Perhatian dan kerjasama dari semua Klinik Panel dalam hal ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian.
|