:: PENGUMUMAN PENINGKATAN KADAR BAYARAN RAWATAN PERUBATAN STAF DAN TANGGUNGAN STAF DI KLINIK PANEL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)
Assalamualaikum wbt. 

YBrs. Dr./ Tuan/ Puan, 
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Universiti telah bersetuju dan meluluskan Peningkatan Kadar Bayaran Rawatan Perubatan Staf dan Tanggungan Staf di Klinik Panel Universiti Sains Malaysia (USM) berkuat kuasa mulai 1 April 2025.
2.         Mengambil kira kos ubat-ubatan yang semakin meningkat setiap tahun dan staf perlu menampung bayaran caj tambahan setiap kali mendapatkan rawatan di Klinik Panel USM, Universiti bersetuju untuk meningkatkan kadar baharu daripada RM50.00 kepada RM80.00 per rawatan seperti jadual berikut:-

BIL

JENIS RAWATAN

KADAR LAMA (RM)

*KADAR BAHARU (RM)

1.

Rundingan sahaja

30.00

30.00

2.

Rundingan, rawatan, ubat (termasuk antibiotik), suntikan, nebuliser dan pembedahan kecil/ Toilet and Suture (T&S)/ ujian darah dan ujian air kencing untuk rawatan penyakit akut

50.00

80.00

3.

Ujian darah dan ujian air kencing untuk rawatan penyakit kronik: Sila rujuk staf dan tanggungan staf ke fasiliti kesihatan USM/ Klinik Kerajaan/ Hospital Kerajaan

4.

Ujian air kencing

5.00

-

5.

Nebuliser sahaja

15.00

-