:: MAKLUMAN TEMPOH PELANTIKAN KLINIK PANEL USM AKAN TAMAT PADA 31 DISEMBER 2025


Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Tuan/Puan, 

MAKLUMAN TEMPOH PELANTIKAN KLINIK PANEL USM AKAN TAMAT PADA 31 DISEMBER 2025

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Seperti tuan/puan sedia maklum, tempoh pelantikan Klinik Panel USM akan tamat pada 31 Disember 2025. Sehubungan dengan itu, satu (1) Taklimat Pelawaan Tender Klinik Panel USM 2026-2028 akan diadakan pada 30 Jun 2025 (Isnin) jam 10 pagi secara dalam talian (Webex). (Jemputan taklimat akan di e-mel kepada semua Klinik Panel pada 25 Jun 2025 (Esok).

3. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama daripada pihak tuan/puan agar dapat membuat pengesahan kehadiran ke taklimat tersebut melalui QR Code yang disediakan ATAU klik di pautan berikut: https://forms.office.com/r/Gwd18KV5vF

4. Mohon tuan/puan mengisi borang maklum balas kehadiran ke taklimat ini dengan lengkap dan tepat. Pihak syarikat/klinik boleh menghantar wakil lebih dari seorang ke taklimat ini.

5.        Sebarang pertanyaan berhubung  perkara ini, tuan/puan boleh menghubungi urus setia Pelawaan Tender Klinik Panel USM 2026-2028 seperti di bawah:

           

            i) Puan Nur Haszilawati Hassan : 04-6536106

            ii) Puan Nur Syahidah Mhd Zolkafli : 04-6536069

iii) Puan Norazlinda Muda : 04-6536096

Sekian, terima kasih.