:: PENTING DAN SEGERA: PELAKSANAAN SIJIL PEMATUHAN CUKAI (TAX COMPLIENCE CERTIFICATE-TCC) KEPADA SEMUA AGENSI KERAJAAN


Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

 

Tuan/Puan,

 

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

 

2.    Adalah dimaklumkan bahawa, Kementerian Kewangan (MOF) melalui surat bertarikh 25 Jun 2025, telah melaksanakan pengemukaan Tax Complience Certificate (TCC) sebagai syarat tambahan wajib dalam dokumen tawaran perolehan kerajaan yang berkuat kuasa mulai 1 Julai 2025.


3.     Pengemukaan TCC diwajibkan bagi semua kaedah perolehan di bawah semua kategori bekalan, perkhidmatan (perunding dan bukan perunding) dan kerja, sama ada secara manual ataupun melalui sistem. 

 

4.    Selaras dengan itu, pihak kami memohon kerjasama dari pihak tuan/puan untuk mengemukakan salinan TCC ini (sila rujuk contoh TCC seperti dilampiran) kepada pihak kami dengan e-mel kepada Puan Nur Syahidah binti Mhd Zolkafli di (syahidah@usm.my) atau hubungi ditalian 04-6536069.

 

5.     Sehubungan dengan itu, mohon bantuan dan kerjasama dari pihak tuan/puan agar dapat mengemukakan TCC dengan kadar segera untuk rujukan dokumen bayaran di Jabatan Bendahari Universiti Sains Malaysia.

 

6.     Perhatian dan kerjasama pihak tuan/puan dalam menyediakan TCC ini dengan segera amat diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian.

 


b.p.

Seksyen Bayaran Pembekal dan Kewangan Penyelidikan

Universiti Sains Malaysia