:: NOTIS GANGGUAN PERKHIDMATAN INTERNET DAN PERKHIDMATAN DIGITAL USM - 28 NOVEMBER 2025

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera, 


Tuan/Puan, 


Satu aktiviti yang melibatkan penyelenggaraan Pusat Data USM akan dilakukan seperti ketetapan berikut :-


Tarikh : 28 November 2025 (Jumaat) 

Masa : 11.00 malam hingga 29 November 2025 jam 4.00 pagi


Sepanjang tempoh berkenaan, akan berlaku gangguan terhadap perkhidmatan digital yang ditawarkan oleh USM.


Sehubungan dengan itu, sepanjang tempoh gangguan perkhidmatan tersebut, tuan/puan dimohon untuk mengemukakan borang manual kepada staf/tanggungan staf/pelajar yang mendapatkan rawatan di klinik tuan/puan. 


Sebarang kesulitan amatlah dikesali.