|
PERINGATAN MESRA
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera, YBrs. Dr./Tuan/Puan,
TAKLIMAT PENGURUSAN KLINIK PANEL DAN PENGGUNAAN SISTEM E-KLINIK PANEL USM BAGI LANTIKAN TAHUN 2026-2028
Saya dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sehubungan dengan pelantikan Klinik Panel USM tahun 2026 - 2028 (3 tahun), tuan/puan adalah dijemput menghadiri taklimat pengurusan Klinik Panel dan penggunaan sistem e-Klinik Panel USM secara dalam talian yang akan diadakan seperti butiran berikut:
Tarikh : 10 Disember 2025 (Rabu) Masa : 10.00 pagi Meeting Password : KLINIKPANELUSM25
3. Bersama-sama ini juga dilampirkan manual pendaftaran dan penggunaan sistem e-Klinik Panel USM untuk perhatian dan rujukan pihak tuan/puan. Mohon setiap Klinik Panel untuk melengkapkan 'Google Form' seperti pautan di bawah selewat-lewatnya pada 8 Disember 2025.
4. Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan perkara ini, tuan/puan boleh menghubungi Puan Nur Haszilawati Hassan di talian 04-6536106 atau Puan Nur Syahidah Mhd Zolkafli di talian 04-6536069.
5. Kehadiran tuan/puan atau wakil ke taklimat ini adalah DIWAJIBKAN.
Sekian, terima kasih.
|