:: Penggunaan Sistem e-Klinik Panel Untuk Perkhidmatan Perubatan Di Bawah Panel Klinik USM
Selamat Sejahtera dan Salam Hormat, Tuan/Puan, Penggunaan Sistem e-Klinik Panel Untuk Perkhidmatan Perubatan Di Bawah Panel Klinik USM Universiti Sains Malaysia merakamkan ucapan tahniah kerana klinik tuan/puan berjaya dilantik sebagai Klinik Panel USM bagi tahun 2016. Sehubungan dengan itu, untuk melancarkan urusan rawatan perubatan warga USM klinik tuan/puan adalah diminta untuk menggunakan Sistem e-Klinik Panel. Untuk makluman tuan/puan, tujuan sistem ini ialah untuk memperkemaskan pengurusan rawatan sehingga proses tuntutan oleh pihak tuan/puan. Ia melibatkan sistem pendaftaran pesakit, rekod pesakit, mempreskripsi dan tuntutan bayaran. Sistem ini juga melibatkan pihak Bahagian Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar, Jabatan Pendaftar dan Jabatan Bendahari. Sistem ini diberikan secara percuma bagi mempermudahkan dan mempercepatkan proses pendaftaran dan pembayaran tuntutan daripada klinik panel. Oleh yang demikian, sekiranya rawatan disediakan oleh cawangan-cawangan klinik tuan/puan yang lain daripada alamat klinik yang tercatat, pihak USM tidak akan menanggung tuntutan-tuntutan berkenaan dengannya. Sekian, terima kasih. Siti Aishah Abdul Raffar Penolong Pendaftar Kanan Unit Pentadbiran dan Perhubungan Staf Bahagian Sumber Manusia Universiti Sains Malaysia Tel: +604 ? 653 6076 Fax: +604 ? 653 4315 Web: bsm.usm.my