PENGUMUMAN


Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

 

Tuan/Puan,

 

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

 

2.    Adalah dimaklumkan bahawa, Kementerian Kewangan (MOF) melalui surat bertarikh 25 Jun 2025, telah melaksanakan pengemukaan Tax Complience Certificate (TCC) sebagai syarat tambahan wajib dalam dokumen tawaran perolehan kerajaan yang berkuat kuasa mulai 1 Julai 2025.


3.     Pengemukaan TCC diwajibkan bagi semua kaedah perolehan di bawah semua kategori bekalan, perkhidmatan (perunding dan bukan perunding) dan kerja, sama ada secara manual ataupun melalui sistem. 

 

4.    Selaras dengan itu, pihak kami memohon kerjasama dari pihak tuan/puan untuk mengemukakan salinan TCC ini (sila rujuk contoh TCC seperti dilampiran) kepada pihak kami dengan e-mel kepada Puan Nur Syahidah binti Mhd Zolkafli di (syahidah@usm.my) atau hubungi ditalian 04-6536069.

 

5.     Sehubungan dengan itu, mohon bantuan dan kerjasama dari pihak tuan/puan agar dapat mengemukakan TCC dengan kadar segera untuk rujukan dokumen bayaran di Jabatan Bendahari Universiti Sains Malaysia.

 

6.     Perhatian dan kerjasama pihak tuan/puan dalam menyediakan TCC ini dengan segera amat diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian.

 


b.p.

Seksyen Bayaran Pembekal dan Kewangan Penyelidikan

Universiti Sains Malaysia

 

 

MAKLUMAT/BERITA TERKINI

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Tuan/Puan,

Penggunaan Sistem e-Klinik Panel Untuk Perkhidmatan Perubatan Di Bawah Panel Klinik USM

Untuk makluman tuan/puan, klinik yang berjaya dilantik sebagai Klinik Panel USM bagi tahun 2022-2023 adalah diminta untuk menggunakan Sistem e-Klinik Panel. Tujuan penggunaan sistem ini ialah untuk memperkemaskan pengurusan rawatan sehingga proses tuntutan oleh pihak tuan/puan. Ia melibatkan sistem pendaftaran pesakit, rekod pesakit, mempreskripsi dan tuntutan bayaran. Sistem ini juga melibatkan pihak Bahagian Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar, Jabatan Pendaftar dan Jabatan Bendahari. Sistem ini diberikan percuma bagi mempermudahkan dan mempercepatkan proses pendaftaran dan pembayaran tuntutan daripada klinik panel.

Dalam hal ini, klinik yang tidak disambung untuk memberi perkhidmatan sebagai panel klinik Universiti Sains Malaysia adalah tidak dibenarkan untuk mengakses masuk ke Sistem e-Klinik Panel. Dengan ini, pihak Universiti ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat yang telah tuan/puan sumbangkan terhadap Universiti selama ini.


Sekian, terima kasih.

Pn. Norazlinda binti Muda
Penolong Pendaftar Kanan
Unit Pentadbiran dan Perhubungan Staf
Bahagian Sumber Manusia
Universiti Sains Malaysia

 

 

Capaian Laman Web
Laman Web USM | Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni | Bahagian Sumber Manusia (BSM) USM  

LOGIN

Username :
Password :

 

Forgot password?
atau untuk staf USM sahaja

Arkib Maklumat/Berita

# MAKLUMAN TEMPOH PELANTIKAN KLINIK PANEL USM AKAN TAMAT PADA 31 DISEMBER 2025
# PENGUMUMAN PENINGKATAN KADAR BAYARAN RAWATAN PERUBATAN STAF DAN TANGGUNGAN STAF DI KLINIK PANEL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)
# GANGGUAN PANGKALAN DATA UTAMA DAN SERVER
# PENAMBAHAN MENU CAJ TAMBAHAN RAWATAN DALAM SISTEM E-KLINIK PANEL USM
# PENALTI KEPADA KLINIK PANEL YANG LEWAT MENGEMUKAKAN TUNTUTAN
 
Capaian Dokumen
Panduan Pengguna
Dasar Sistem Kesihatan Pelajar USM 2004
Manual Pengguna Pendaftaran Klinik
 
Sebarang pertanyaan sila hubungi:
a) Streamyx : 04-643 3000
b) Urusan Staf :
i)  Pn. Norazlinda binti Muda
  (04-653 6096 – m.azlinda[at]usm.my)

ii) Pn. Nur Syahidah Zolkafli
  (04-653 6069 - syahidah[at]usm.my)
 
c) Urusan Pelajar :
Pn. Shah Rina binti Abdul Hamid
  (04-6535827 - rina_ah[at]usm.my)
 

© Hakcipta Terpelihara 2004 - 2025. Universiti Sains Malaysia.