PENGUMUMAN

Tuan/Puan,

MAKLUMAN PENTING: KEGAGALAN BAYARAN TUNTUTAN KLINIK PANEL USM 

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.    Seperti Tuan/Puan sedia maklum, pada 22 Januari 2026, Unit Pembekal, Jabatan Bendahari Universiti Sains Malaysia (USM) telah mengadakan satu (1) sesi taklimat berkenaan Tatacara Pendaftaran, Pembaharuan dan Kemas Kini Profil Pembekal di Sistem eP@USM bersama pembekal bagi kategori Klinik Panel.

3.    Proses pendaftaran, pembaharuan dan kemas kini profil pembekal dalam sistem eP@USM adalah WAJIB dan amat penting bagi memastikan kelancaran urusan pemprosesan bayaran tuntutan Klinik Panel oleh pihak Universiti.

4.    Adalah dimaklumkan bahawa mana-mana Klinik Panel yang GAGAL membuat pendaftaran, pembaharuan atau kemas kini profil pembekal dalam sistem eP@USM akan menyebabkan pihak USM tidak dapat memproses bayaran tuntutan berkenaan.

5.    Sehubungan dengan itu, bagi Klinik Panel yang belum membuat sebarang tindakan seperti di atas, agar dapat MENGAMBIL TINDAKAN SEGERA dengan log masuk ke dalam Sistem eP@USM melalui pautan di bawah. Pihak Klinik Panel juga boleh membuat rujukan melalui Manual Pengguna di Manual > Senarai > Manual Pendaftaran Pembekal EP@USM di dalam sistem eP@USM ini. 

Pautan Sistem eP@USM (Log Masuk):

https://eprocurement.usm.my/nets_usm/web/index.php?r=site/login

6.    Sekiranya memerlukan sebarang bantuan atau pertanyaan lanjut, Tuan/Puan boleh menghubungi pihak berikut pada hari Isnin hingga Jumaat seperti talian di bawah:

  • Pembekal: 04-653 2738 / 04-653 6369
  • Pembelian Terus: 04-653 3008
  • Bantuan Pelanggan:
    011-6065 9152
    011-7512 5672
    017-4260 420

    Emel:

    evendor@usm.my

    Kerjasama dan tindakan segera daripada semua Klinik Panel USM berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

      Sekian.                                                                   

 

MAKLUMAT/BERITA TERKINI

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Tuan/Puan,

Penggunaan Sistem e-Klinik Panel Untuk Perkhidmatan Perubatan Di Bawah Panel Klinik USM

Untuk makluman tuan/puan, klinik yang berjaya dilantik sebagai Klinik Panel USM bagi tahun 2022-2023 adalah diminta untuk menggunakan Sistem e-Klinik Panel. Tujuan penggunaan sistem ini ialah untuk memperkemaskan pengurusan rawatan sehingga proses tuntutan oleh pihak tuan/puan. Ia melibatkan sistem pendaftaran pesakit, rekod pesakit, mempreskripsi dan tuntutan bayaran. Sistem ini juga melibatkan pihak Bahagian Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar, Jabatan Pendaftar dan Jabatan Bendahari. Sistem ini diberikan percuma bagi mempermudahkan dan mempercepatkan proses pendaftaran dan pembayaran tuntutan daripada klinik panel.

Dalam hal ini, klinik yang tidak disambung untuk memberi perkhidmatan sebagai panel klinik Universiti Sains Malaysia adalah tidak dibenarkan untuk mengakses masuk ke Sistem e-Klinik Panel. Dengan ini, pihak Universiti ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat yang telah tuan/puan sumbangkan terhadap Universiti selama ini.


Sekian, terima kasih.

Pn. Norazlinda binti Muda
Penolong Pendaftar Kanan
Unit Pentadbiran dan Perhubungan Staf
Bahagian Sumber Manusia
Universiti Sains Malaysia

 

 

Capaian Laman Web
Laman Web USM | Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni | Bahagian Sumber Manusia (BSM) USM  

LOGIN

Username :
Password :

 

Forgot password?
atau
atau untuk staf USM sahaja

Arkib Maklumat/Berita

# KALENDAR AKADEMIK - SIDANG AKADEMIK 2025/2026 BAGI SEMUA RANCANGAN (KECUALI PROGRAM DOKTOR PERUBATAN DAN DOKTOR PERGIGIAN)
# PERINGATAN MESRA : TAKLIMAT PENGURUSAN KLINIK PANEL DAN PENGGUNAAN SISTEM E-KLINIK PANEL USM BAGI LANTIKAN TAHUN 2026-2028
# NOTIS GANGGUAN PERKHIDMATAN INTERNET DAN PERKHIDMATAN DIGITAL USM - 28 NOVEMBER 2025
# NOTIS GANGGUAN PERKHIDMATAN INTERNET DAN PERKHIDMATAN DIGITAL USM - 28 NOVEMBER 2025
# PENTING DAN SEGERA: PELAKSANAAN SIJIL PEMATUHAN CUKAI (TAX COMPLIENCE CERTIFICATE-TCC) KEPADA SEMUA AGENSI KERAJAAN
 
Capaian Dokumen
Panduan Pengguna
Dasar Sistem Kesihatan Pelajar USM 2004
Manual Pengguna Pendaftaran Klinik
 
Sebarang pertanyaan sila hubungi:
a) Streamyx : 04-643 3000
b) Urusan Staf
(Kampus Induk) :
i)  Puan Norazlinda binti Muda
  (04-653 6096 – m.azlinda[at]usm.my)

ii) Puan Nur Syahidah Zolkafli
  (04-653 6069 - syahidah[at]usm.my)
 
c) Urusan Staf
(Kampus Kejuruteraan) :
Puan Noor Firliana binti Rashidi
  (04-599 5074 – rgfirliana[at]usm.my)

d) Urusan Staf
(Kampus Kesihatan) :
  Cik Ezai Azuira binti Mokhtar
  (09-767 2055– azuira[at]usm.my)

c) Urusan Pelajar :
Pn. Shah Rina binti Abdul Hamid
  (04-6535827 - rina_ah[at]usm.my)
 

© Hakcipta Terpelihara 2004 - 2026. Universiti Sains Malaysia.